Sunday, September 23, 2012

Program Kesedaran Filem

             Program Kesedaran Filem telah berlangsung dengan jayanya pada 9 September 2012 yang diadakan di Dewan Wawasan IPG KKB melibatkan semua pelajar IPG KKB. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar akan kesan buruk menonton dan membeli filem yang tidak ditapis. Ia juga meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar akan peranan masing-masing dalam menangani gejala sosial yang berpunca daripada pengaruh filem yang negatif dan memberi maklumat yang tepat mengenai Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620).
Ceramah Kesedaran Filem

Peserta perempuan


Antara peserta lelaki yang mengikuti program

Program Personaliti Cemerlang Staf IPGKKB

PROGRAM PERSONALITI CEMRLANG STAF IPG KKB

Program Personaliti Cemerlang ini telah berlangsung pada 9 september 2012 bertempat di Dewan bakti IPG KKB melibatkan 60 orang staf sokongan IPG KKB. Antara pengisian dalam program ini ialah Ceramah Pengurusan Kewangan oleh Agensi Kewangan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Ceramah Pengurusan Stress oleh Kaunselor Pentadbir PPD Tanah Merah.
Ceramah Pengurusan Kewangan oleh Pn. Wan Nordiana dari AKPK
Penerangan program oleh Pegawai Kaunseling IPG KKB

Ceramah Pengurusan Stress oleh En. Rasab B. Mamat Kaunselor Pentadbir PPD Tanah Merah
Para peserta program sedang kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

Para Peserta lelaki yang turut sama menyertai program ini



Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Penutup program ini dirasmikan oleh Dr. Hj. Mohd Aziz b. Mohd Din, Timbalan Pengarah IPGKKB. Moga program ini memberi manfaat kepada peserta yang menyertainya.

Majlis Penutup Program

Perasmian Penutup Oleh Yang Berusaha Dr. Hj. Mohd Aziz B. Mohd Din, Timbalan Pengarah IPGKKB