Konsep Kecerdasan Intelek dan Emosi
•Kecerdasan bermaksud kepintaran. Ia adalah merupakan potensi manusia di bawah hal atau keadaan sempurna dalam perkembangan akal budinya. Istilah kecerdasan telah diperkenalkan oleh Sir Francis Galton.
•Potensi berasal daripada perkataan BI yang beertikan kecerdasan terpendam dalam seseorang individu, dan apabila berjaya dicungkil, ia boleh digunakan untuk melaksanakan sesuatu atau berkembang maju.
•Konsep Kecerdasan
•Kecerdasan adalah ditafsirkan sebagai keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur.
•Menurut William Stern, seseorang individu yang dikenal pasti sebagai cerdas daripada orang normal ialah individu yang mempunyai darjah kecerdasan melebihi 100 dan sebaliknya.
•Konsep Kecerdasan Intelek
•Menurut Teori Tetiga Kecerdasan Sternberg, kecerdasan intelek merupakan hasil keupayaan memproses maklumat kognitif oleh otak manusia.
•Konsep Kecerdasan Emosi (EI)
•Kecerdasan emosi merujuk kepada integrasi emosi dengan struktur kognitif dalam personaliti individu iaitu sejenis elemen psikologikal yang dihasilkan daripada penerapan emosi dengan kognitif seseorang.
•Emosi berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang bermaksud “untuk keluar”. Tujuan emosi ditonjolkan keluar adalah untuk mendapat kepuasan kendiri.
•Emosi merupakan sesuatu perasaan jiwa yang kuat.
•Menurut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.
•
•Emosi merupakan tindakan balas reflektif secara semula jadi yang telah dikaitkan dalam sistem saraf dalam otak manusia sebagai mekanisme untuk komunikasi perasaan individu.
•Darjah emosi (EQ) merujuk kepada pengukuran piawai yang menggambarkan kecerdasan emosi seseorang.
•Menurut Imam al-Ghazali, nafs (nafsu) manusia ada 7 peringkat, iaitu nafs ammarah di peringkat terbawah, diikuti dengan nafs lawwamah, nafs malhimah, nafs mutmainnah, nafs radhiah, nafs merdhiah, hingga nafs kamil yang tertinggi.
•Kesan Kecerdasan Intelek
•Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan.
•
•Untuk mencapai Matlamat Pendidikan Negara, murid harus mempunyai kecerdasan intelek untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup, dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
•Kesan Kecerdasan Emosi
•Berikut menyatakan kepentingan-kepentingan kecerdasan emosi seseorang murid yang diasaskan berlandaskan lima bidang, iaitu:
–Memahami emosi diri sendiri
–Mengurus emosi
–Memanfaatkan emosi
–Empati: Membaca emosi
–Mengurus hubungan
•Kecerdasan intelek yang tinggi tidak semestinya menjamin kejayaan dalam hidup mereka sekiranya kecerdasan emosi mereka adalah rendah.
No comments:
Post a Comment